Monday, April 12, 2010

Apa itu perenggan isi ??

PERENGGAN
  • Perenggan dapat dibahagikan kepada:

Pendahuluan

Perenggan isi

Penutup

  • Perenggan isi terletak selepas perenggan pendahuluan dan sebelum perenggan penutup.
  • Jumlah perenggan isi adalah bergantung kepada jumlah idea yang hendak disampaikan.
  • Perenggan isi bertujuan untuk mengembangkan idea utama.
  • Perenggan isi mempunyai 2 komponen yang penting iaitu

Ayat judul

Ayat sokongan

1.1 AYAT JUDUL

  1. Ayat judul ialah ayat yang mengandungi maklumat atau gagasan penting yang berkaitan dengan idea utama.
  2. Ayat judul menjadi panduan kepada penulisan sebuah perenggan
  3. Ayat judul akan disampaikan dalam satu ayat dalam setiap perenggan.
  4. Ayat judul biasanya akan terletak pada awal perenggan.( deduktif)
  5. Ayat judul juga boleh terletak pada akhir perenggan.( induktif)

1.2 Ayat sokongan

  1. Ayat sokongan ialah ayat yang menyokong ayat judul.
  2. Digunakan untuk memperincikan idea yang terdapat pada ayat judul.
  3. Menampilkan fakta untuk menyakinkan pembaca, ayat sokongan ialah sah.
  4. Fakta-fakta ayat sokongan boleh didapati di jurnal, majalah, buku dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment