Monday, April 12, 2010

Apa itu perenggan isi ??

PERENGGAN
  • Perenggan dapat dibahagikan kepada:

Pendahuluan

Perenggan isi

Penutup

  • Perenggan isi terletak selepas perenggan pendahuluan dan sebelum perenggan penutup.
  • Jumlah perenggan isi adalah bergantung kepada jumlah idea yang hendak disampaikan.
  • Perenggan isi bertujuan untuk mengembangkan idea utama.
  • Perenggan isi mempunyai 2 komponen yang penting iaitu

Ayat judul

Ayat sokongan

1.1 AYAT JUDUL

  1. Ayat judul ialah ayat yang mengandungi maklumat atau gagasan penting yang berkaitan dengan idea utama.
  2. Ayat judul menjadi panduan kepada penulisan sebuah perenggan
  3. Ayat judul akan disampaikan dalam satu ayat dalam setiap perenggan.
  4. Ayat judul biasanya akan terletak pada awal perenggan.( deduktif)
  5. Ayat judul juga boleh terletak pada akhir perenggan.( induktif)

1.2 Ayat sokongan

  1. Ayat sokongan ialah ayat yang menyokong ayat judul.
  2. Digunakan untuk memperincikan idea yang terdapat pada ayat judul.
  3. Menampilkan fakta untuk menyakinkan pembaca, ayat sokongan ialah sah.
  4. Fakta-fakta ayat sokongan boleh didapati di jurnal, majalah, buku dan sebagainya.

Hukum DM

Hukum DM
menyatakan bahawa sesuatu kata yang menjadi inti/kepala haruslah boleh diterangkan.

  • Unsur inti ini seharusnya mendahului penerang

PENERANG: bermaksud sesuatu yang menerangkan inti/kepala.

  • Kesalahan sering dilakukan dengan meletak penerang mendahului inti.
  • Contohnya:

pisang goreng

pisang ialah inti

goreng ialah penerang

Namun terdapat pengecualian untuk frasa tertentu yang telah mantap seperti perdana menteri dan bukannya menteri perdana

Hal ini kerana telah lama digunakan dan dikatakan telah sebati dalam Bahasa Melayu

kolokialisme

Kolokialisme ialah bahasa basahan dan bukan bahasa baku. Kolokial ialah perkataan yang telah digugur imbuhannya, ialah perbualan yang tak formal.
Tujuan kolokialisme ialah untuk mendapatkan kesan yang mesra dan langsung.
  1. kolokial tidak bermakna bahasa yang buruk atau bahasa yang tidak betul tetapi perbualan yang tidak formal yang digunakan oleh semua orang sama ada berpelajaran atau tidak.
  2. contoh perkataan kolokial ialah:

tak, nak, ku, mu, kau

Saturday, April 3, 2010

Kepentingan perenggan

  1. Memudahkan penulis untuk menyampaikan ideanya secara sistematik.
  2. Perenggan yang baik menunjukkan kepada pembaca setiap perenggan adalah satu unit pendapat.
  3. Penulis dapat mengawal penyampaian isi karangan secara sistematik satu demi satu sehingga selesai.
  4. Memudahkan pembaca untuk mengikuti idea-idea penulis dan memahaminya.
  5. Perenggan boleh merupakan satu alat untuk penulis menarik minat pembaca.

Pendahuluan

Pendahuluan yang lemah diibaratkan mengail dengan bermata kail sahaja.
Pendahuluan yang kuat akan menjerat dan menangkap mangsanya.

perenggan persuasif

Perenggan persuasif ialah perenggan yangbeberapa ciri-ciri Paragraf Persuasif :


1. Mengungkapkan idea, gagasan, atau pendapat.
2. Bertujuan mempengaruhi sikap dan pendapat pembaca agar mereka mahu berbuat, bertindak atau melakukan sesuatu secara sukarela, sesuai yang diinginkan pengarang.
3. Membuktikkan kebenaran, pendapat pengarang sehingga tercipta keyakinan dan kepercayaan pada diri pembaca.
4. Menggunakan beberapa teknik seperti rasionalisme, identifikasi, sugestif, dan penggantian

Penulisan ekspositori (pendedahan)

Paragraf Ekspositori
Ekspositori merupakan sebuah paparan atau penjelasan. Ekspositori adalah karangan yang mengajikan sejumlah pengetahuan atau maklumat. Tujuannya, pembaca mendapat pengetahuan atau maklumat yang sejelas - jelasnya. Contoh: laporan. Untuk memahaminya, pembaca perlu proses berfikir dan melibakan pengetahuan. Apa ciri-ciri yang menonjol dari sebuah paragraf ekspositori? Paragraf ekspositori umumnya menjawab soalan apa, siapa, di mana, kapan, mengapa, dan bagaimana. Maka dari itu, ekspositori merupakan karangan yang bertujuan untuk memberitahu tentang sesuatu, sehingga memperluas pengetahuan pembaca. Karangan eksposisi bersifat ilmiah / nonfiksi. Sumber karangan ini boleh diperolehi dari hasil pengamatan, kajian atau pengalaman.


Di sinilah perbezaannya dengan karangan deskriptif. Karangan deskriptif bertujuan menggambarkan / melukiskan sesuatu sehingga seolah-olah pembaca mengatakannya sendiri. Karangan keterangan boleh bersifat ilmiah atau nonilmiah. Sumber karangan diperolehi dari hasil pengamatan, kajian, dan imajinasi.


Ekspositori tidak selalu terbahagi kepada bahagian-bahagian yang disebut pembukaan, pembangunan, dan penutup. Hal ini sangat bergantung dari sifat karangan dan tujuan yang hendak dicapai.

1. Ekspositori berita, mengandungi pemberitaan mengenai suatu kejadian. Jenis ini banyak dijumpai pada surat khabar. Contoh paragraf:

"Para peniaga daging lembu di pasaran-pasaran tradisional mengeluhkan kesan pemberitaan mengenai import daging haram. Sebab, hampir seminggu mereka kehilangan pembeli sampai 70 peratus. Sebaliknya, permintaan terhadap daging ayam dan telur kini melejit sehingga harganya meningkat. "


2. Eksposisi ilustrasi, pengembangannya menggunakan gambaran mudah atau bentuk konkrit dari suatu idea. Mengilustrasikan sesuatu dengan sesuatu yang lain yang mempunyai persamaan atau kemiripan sifat. Biasanya menggunakan frasa penghubung "seperti ilustrasi berikut ini, dapat diilustrasikan seperti, seperti, bagaikan." Contoh paragraf:


"Dalam tubuh manusia terdapat aktiviti seperti pada enjin kereta. Tubuh manusia boleh menukar tenaga kimia yang terkandung dalam bahan-bahan bakarnya-yakni makanan yang ditelan-menjadi tenaga panas dan tenaga mekanikal. Nasi yang anda makan akan dibakar dalam tubuh sebagaimana petrol dibakar dalam silinder enjin kereta. Sebahagian daripada tenaga kimia yang disediakan oleh nasi itu diubah menjadi tenaga panas yang membuat tubuh tetap hangat. Sebahagian lagi berubah menjadi tenaga mekanikal yang membolehkan otot-otot dapat mengepam darah dalam tubuh atau menggerakkan dada pada waktu bernafas. "


3. Ekspositori proses, sering ditemui dalam buku-buku manual pembuatan, penggunaan, atau cara-cara tertentu. Contoh paragraf:


"Energen, nutrisi empat sehat lima sempurna boleh dihidangkan dengan mudah. Tuangkan energen ke dalam gelas. Tambah 150 ml air suam dan kacau hingga merata. Energen hangat siap dihidangkan. "


4. Ekspositori perbandingan, dalam hal ini penulis cuba menerangkan idea dalam kalimat utama dengan cara membandingkannya dengan hal lain. Contoh paragraf: